Penubuhan Tahfiz dan Ulum Ad-Din Nur Ramadhan ini sebuah pusat ilmu dan tarbiah yang berasaskan kepada dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Ia merupakan usaha awal untuk mendidik dan mentarbiyyah anak-anak dengan amalan islam yang Syumul. Tahfiz ini terletak di Kampung Lubok Salak Daerah Tanjong Malim, Perak. Dimana Kawasan tersebut sempadan Selangor dan Perak.
Sehubungan itu, Tahfiz ini akan mengadakan Pengajian Kitab Turath (asas) kepada pelajar dengan tenaga pengajar dari kalangan Tuan Guru Pondok. Tahfiz ini akan memberi khidmat masyarakat serta program bersama masyarakat. Aktiviti tahfiz dan program ilmiah akan diadakan untuk memberi semangat jati diri keatas pelajar.
OBJEKTIF
- Memberi kefahaman Al-Quran dan As-sunnah dan membina asas aqidah yang kukuh dalam diri berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
- Mendidik generasi muda dengan didikan islam yang sempurna dan beramal dengan sunnah Rasulullah SAW.
- Melahirkan individu muslim yang berilmu, beramal, dan bertaqwa dan berbakti kepada keluarga dan masyarakat.
- Melahirkan generasi muslim yang membaca, menghafaz dan mengamal serta mendalami Al-quran dan As-Sunnah.
- Melahirkan individu muslim ke arah panduan Al-Quran dan As-Sunnah dalam merangkumi segala aspek kehidupan.
- Sistem pendidikan tahfiz berkualiti insan yang terdidik.
- Melahirkan individu yang beretika, beradab serta berakhlak terhadap masyarakat setempat dan negara.
- Mewujudkan kecemerlangan secara berterusan dalam bidang hafazan quran dan pembangunan modal insan.
MISI
- Membina keluarga muslim yang soleh dan solehah lagi bertaqwa kepada Allah dan RasulNya.
- Membentuk masyarakat yang celik Al-Quran dan beramal dengan amalan Sunnah serta berpegang teguh pada prinsip aqidah islam yang sebenar berteraskan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.
- Bersedia merancang, melaksana, menilai, mempertingkatkan kualiti hafazan quran dari masa ke semasa.
MOTO
BERILMU - BERAMAL - BERAKHLAK
BERILMU - BERAMAL - BERAKHLAK
No comments:
Post a Comment